Subscribe

Saturday, August 22, 2009

Jika saya boleh, kenapa tidak Najib: Mahfuz

By Malaysiainsider

Oleh Abu Bakar Rashid

KUALA LUMPUR, Ogos 19 — Berikutan keputusan mahkamah membersihkan namanya yang cuba digambarkan sebagai kaki pukul, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak segera membersihkan namanya yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan syarikat The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad melalui akhbar Berita Harian membayar ganti rugi sebanyak RM150 ribu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena itu berikutan laporannya yang menuduh Mahfuz mengajak seorang menteri bertumbuk dalam Parlimen.

Mahfuz menyaman akhbar tersebut ekoran laporan muka hadapannya pada 9 November 2000 bertajuk “Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk”.

Bagi saya, apa yang penting ialah nama saya dibersihkan. RM150 ribu tak akan dapat mengimbangi rasa malu saya apabila digambarkan sebagai kaki bertumbuk,” kata beliau yang mendapat ganti rugi kedua dalam tempoh tidak sampai setahun.

Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Khalid Mohd membayar ganti rugi RM120,000 kepada Mahfuz Omar kerana memfitnah beliau melalui bertajuk “Demonstrasi — Mahfuz isytihar bersama Keadilan” yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia pada 4 Mac 2001.

Sambil menyifatkan kedua-dua keputusan mahkamah itu sebagai bukti bahawa PAS dan pembangkang sering menjadi “mangsa spin” media pro-Barisan Nasional (BN), Mahfuz yakin Najib boleh membersihkan namanya yang berkali-kali dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya.

Baca selanjutnya...

No comments:

Post a Comment